KANGAR: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar, Khalid Imran Mas Ahmad Nasruddin berhasrat untuk membawa agenda anak muda sekiranya terpilih dalam pemilihan parti itu pada Sabtu ini.
Menurut Khalid, beliau membawa agenda itu bagi menjadi suara generasi masa depan agar golongan muda khususnya di kawasan Kangar tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.
Katanya, selain itu, dia juga berhasrat membina jaringan kepimpinan akar umbi yang mantap melalui latihan, bengkel dan peluang kepimpinan yang sebenar.
“Saya juga mempunyai misi untuk melaksanakan program pembangunan ...