Blog

Durian hujung musim Kampung Gajah

PASIR SALAK: Musim durian di Kampung Gajah di sini belum berakhir sejak raja buah itu mulai luruh pada Jun lalu. Bagi pemilik durian, mereka menganggap pokok yang masih berbuah sehingga kini sebagai rezeki di penghujung musim walaupun buahnya tidak ba­nyak seperti ketika musim durian luruh beberapa bulan lalu. Walaupun buahnya tidak banyak, seorang peniaga di … Read More →

Acara tarian pelbagai kaum bakal berlangsung Ogos ini

KLANG: Tarian selama empat hari, melibatkan semua kaum dan menerapkan ciri-ciri kebudayaan yang ada di Malaysia bakal memecahkan rekod dunia dalam Pesta Muhibah yang akan diadakan pada Ogos atau September tahun ini.

Persembahan tersebut dijangka dianjurkan di ibu kota atau Selangor untuk menggalakkan aktiviti pelancongan di negara ini sekali gus menunjukkan keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.

Naib Presiden, Pertubuhan Keseniaan dan Kebudayaan Sri Rathakrishnan Fine Arts (SRFA), Nalini Rathakris berkata, penganjuran pesta tersebut ...

Read More →

Undang-undang gangguan seksual sudah lapuk

PETALING JAYA: Kerajaan disaran memperkenalkan hukuman penjara mandatori terhadap pelaku gangguan seksual bagi memastikan pesalah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ia berikutan undang-undang sedia ada diperkenalkan sejak 1959 dan 1960 mungkin tidak lagi relevan dengan perkembangan teknologi semasa seperti media sosial dan kecerdasan buatan (AI) … Read More →

Kerjaya Prospek raih kontrak RM256 juta di Shah Alam

PETALING JAYA: Syarikat pembinaan, Kerjaya Prospek Group Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM256.4 juta daripada Eastern & Oriental Express Sdn. Bhd. (E&OE) untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan di Elmina West, Shah Alam, Selangor.

Kerjaya Prospek berkata, skop projek yang dimenangi melalui anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd., termasuk pembinaan 360 unit rumah teres tiga tingkat, bersama sebuah kelab rumah, kerja landskap, dan infrastruktur berkaitan yang lain.

“Kontrak ini dilaksanakan berdasarkan asas jarak yang wajar dan terma komersial biasa. E&OE adalah ...

Read More →

Beri ruang rakyat Palestin di WTKL bagi penjelasan

PETALING JAYA: Rakyat Palestin yang terlibat dengan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) Ahad lalu perlu diberi ruang untuk meluahkan perasaan. Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Palestin, Nurul Ain Haron berkata, walaupun begitu insiden amukan dan merosakkan harta yang dilakukan semalam sudah tentunya tidak boleh diterima sama sekali. “Kita perlu membuka ruang untuk … Read More →

Syria naikkan gaji penjawat awam mulai bulan depan

DAMSYIK: Kerajaan Syria mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 400 peratus bermula bulan depan. Ia adalah sebahagian daripada langkah awal untuk menstabilkan ekonomi negara selepas 13 tahun berdepan perang saudara dan sekatan antarabangsa. Menteri Kewangan Syria, Mohammed Abazeed berkata, kenaikan itu akan melibatkan kos sebanyak AS$127 juta (RM573 juta) dan akan dibiayai melalui sumber sedia … Read More →

Ahli koperasi mahu SPRM siasat transaksi tanah di Seri Iskandar

IPOH: Koperasi Pembangunan Sungai Tumboh (KPST) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung pemilikan tanah di Seri Iskandar.

Aduan dibuat oleh koperasi tersebut yang dianggotai ratusan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit di tanah itu sejak lebih sedekad lalu sebelum terhenti beberapa bulan lepas.

Pengerusi KPST, Zainudin Norhan mendakwa, koperasi telah dibayar pampasan RM4 juta namun mendakwa tiada persetujuan daripada sebilangan ahli dan pekebun kecil terhadap transaksi berkenaan.

Dakwanya, para pekebun kecil tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut ...

Read More →

Lebih 260 etnik Rohingya mendarat di Aceh

JAKARTA: Lebih 260 etnik Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak tiba di Aceh selepas terkandas selama beberapa hari, sekali gus meningkatkan jumlah ketibaan pelarian ke wilayah itu. Seorang pegawai Aceh Timur, Iskandar berkata, kumpulan pelarian terbaharu itu tiba di pantai Peureulak Barat di wilayah itu pada malam Ahad sekitar pukul 10.25 malam (waktu tempatan). “Terdapat 264 … Read More →

Sembunyikan Titah Adendum tanda penderhakaan, pengkhianatan besar

KUALA LUMPUR: Tindakan menyembunyikan Titah Adendum berkait bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan merupakan pengkhianatan besar pada Perlembagaan Malaysia.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia (Srikandi Bersatu), Nurul Syazwani Noh Omar berkata, masalah membabitkan dokumen rasmi itu bukan sekadar isu teknikal atau politik tetapi menyentuh asas maruah negara dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Sehubungan itu, kata beliau, Srikandi Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan derhaka tersebut dan menuntut pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan ...

Read More →

Kebenaran semakan titah adendum bukti kerajaan lemah

SHAH ALAM: Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menjadi bukti kelemahan pentadbiran kerajaan dalam menjaga martabat institusi diraja dan kedaulatan undang-undang.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu, Nurul Syazwani Noh berkata, beliau menyifatkan tindakan menyembunyikan atau melenyapkan titah adendum itu sebagai derhaka kepada Yang Dipertuan Agong selain pengkhianatan besar terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Isu ini adalah bukti nyata kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menjaga martabat institusi diraja dan kedaulatan undang-undang. ...

Read More →
Page 160 of 1,607 «...130140150158159160161162...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X