KUALA LUMPUR: Ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2028 dengan fasa satu dipercepatkan bagi memberi laluan kepada Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, bagi melancarkan pembinaan ibu pejabat baharu yang dikenali Rumah Olimpik satu ikatan strategik di antara badan induk itu dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dilakukan.
“Kalau kita tengok daripada segi pembinaan ia akan mengambil masa 36 bulan jadi, kalau kita kira daripada (tarikh) kelulusan, ...