Blog

Individu ada kaitan dengan dalang penipuan MBI dikenal pasti

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim pelaburan MBI International Group (MBI) yang terlibat skim penipuan pelaburan ‘skim ponzi’.

Kesemua individu berkenaan dikenal pasti hasil siasatan lanjut polis terhadap lapan individu termasuk empat bergelar Datuk menerusi Op Northern Star.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu berkenaan dikenal pasti selepas PDRM menemukan bukti baharu dalam siasatan yang dijalankan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kesemua ...

Read More →

Mangsa jenayah seks digital di Korea Selatan cecah 10,305

blank

blank

SEOUL: Lebih 10,000 individu di Korea Selatan mendapatkan bantuan kerajaan untuk menangani jenayah seksual digital pada 2023, mencatat jumlah tertinggi sejak penubuhan Pusat Sokongan Mangsa Jenayah Seksual Digital pada 2018. Kebanyakan mangsa adalah remaja dan individu dalam lingkungan usia 20-an, dengan lonjakan ketara dalam penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan deepfake yang mendorong peningkatan itu. … Read More →

blank

BamBam, (G)I- DLE bakal gamatkan Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya, Live Universe bakal menganjurkan konsert mega yang menampilkan dua nama besar industri K-Pop, iaitu kumpulan (G)I-DLE dan artis solo popular BamBam dari GOT7.

Konsert ini dijadual berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di lokasi ikonik, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadikan konsert ini begitu istimewa ialah ia merupakan konsert K-Pop pertama yang berlangsung di Stadium Merdeka, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat peminat muzik Korea di Malaysia.

“Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan ...

Read More →
blank

Perang tarif: China kurangkan import filem Hollywood

blank

blank

BEIJING: China mengumumkan akan mengurangkan bilangan filem Amerika Syarikat (AS) yang ditayangkan di negara itu, sebagai sebahagian daripada tindakan balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump. Pentadbiran Filem China berkata, langkah tersasar Washington dalam mengenakan tarif berlebihan terhadap Beijing berkemungkinan besar akan menghakis persepsi positif penonton China terhadap filem Amerika. “Kami akan mematuhi … Read More →

blank

Malaysia hantar Hospital Medan ke Myanmar

SEREMBAN: Malaysia akan menghantar kemudahan hospital medan dalam masa terdekat ke kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher di Myanmar, baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Menurutnya, sebanyak 84 buah hospital runtuh di Myanmar dan mereka sangat memerlukan kemudahan pembedahan bergerak yang diuruskan oleh pakar-pakar perubatan.

“Ini sedang diuruskan dan ...

Read More →
blank

Lupakan Episod Hitam, Yusof Haslam Gembira Syamsul & Puteri Sarah Berkawan Baik – “Mereka Langsung Tak Bermusuhan”

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira kerana anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan keluarga.

Bukan itu sahaja, pengarah berusia 70 tahun itu juga berkata Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat keluarganya yang berkumpul selepas beberapa tahun tidak lengkap kerana ketiadaan Syamsul.

Syawal kali ini saya dapat berkumpul lengkap satu keluarga. Saya dapat bersama dengan semua anak-anak dan menantu serta cucu. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih, apa yang dicari sekarang adalah ...

Read More →
blank

Fokus beralih kepada rumah sewa selepas pembersihan selesai 

SUBANG JAYA: Kerajaan negeri akan memfokuskan kepada isu pengurusan rumah sewa serta baik pulih kediaman mangsa selepas menyelesaikan operasi pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, minggu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lebih 307 buah rumah telah selamat diduduki semula dan proses pengagihan bantuan sewa dijangka bermula minggu depan selepas penilaian terakhir dilakukan.

“Kita sudah masuk fasa terakhir. Minggu hadapan kita akan fokus kepada penyewaan dan baik pulih rumah mangsa terlibat selepas kerja-kerja pembersihan awam ...

Read More →
blank

Perlis umum cuti peristiwa pada 17 April sempena Jubli Perak

KANGAR: Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada tanggal 17 April ini bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli semasa Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu adalah Tuanku Syed Sirajuddin dengan diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan ...

Read More →
blank

Mulut Ditekup & Cuba Ditarik Dalam Semak, Wanita Dicab*l Semasa Joging Waktu Malam

Seorang wanita berdepan detik cemas dan menakutkan apabila menjadi mangsa serangan seksual ketika sedang beriadah pada waktu malam.

Menurut laporan, wanita berusia 20 tahun itu telah menjadi mangsa cabul selepas seorang individu cuba menariknya masuk ke dalam semak ketika joging di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis kira-kira jam 10 malam dan mangsa diselamatkan oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut.

Mangsa dipeluk dari belakang, ditekup mulut ...

Read More →
blank

Selebriti tempatan diminta bantu suarakan kekejaman Israel

KUALA LUMPUR: Golongan selebriti dan artis tanah air diminta lebih berani menyatakan pendirian dalam isu kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek berkata, pengaruh besar yang dimiliki artis seharusnya dimanfaatkan untuk menyebarkan kesedaran serta menyeru masyarakat bersolidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza.

Katanya, perjuangan tidak semestinya tertumpu kepada kehadiran fizikal di lapangan, sebaliknya boleh disalurkan melalui platform yang dimiliki seperti media sosial. 

“Setiap kenyataan yang dikeluarkan artis memberi impak besar ...

Read More →
Page 156 of 2,009 «...130140150154155156157158...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X