PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Whip serta wakil parti pembangkang dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai isu peruntukan.
Menurut beliau, perbincangan melibatkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang itu dijangka akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu hadapan.
“Saya kena bertemu dengan Ketua Whip Perikatan Nasional (Datuk Seri Takiyuddin Hassa) dahulu, kena bincang yang itu dahulu. Kemudian akan dapat hala tuju daripada Kabinet dan kalau perlu perbincangan lanjut maka kita akan bentuk ‘team’ untuk membuat ...