Satu akaun TikTok @boikotpakmat meraih perhatian ramai selepas individu di sebalik akaun tersebut membuat dakwaan tentang restoran western terkenal, Pak Mat Western tidak membayar gaji pekerja.
Akaun tersebut yang dipercayai dibuat untuk menyebarkan dakwaan tersebut telah berkongsi beberapa hantaran di mana semuanya berkaitan isu Pak Mat Western.
Buat program sejuta selawat, infaq bagi sana sini tapi gaji staf dan ex staf buat liat nak bayar. Siapa lagi kalau bukan Pak Mat Western.