PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia memberikan kerjasama penuh dalam kes kematian seorang pelajar lelaki dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, pada masa ini kematian Muhd. Nazmie Aizat Muhd. Narul Azwan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam isu ni, KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.
“KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.
“Sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej,” katanya hari ...