PADANG BESAR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin tidak berdepan masalah memenangi jawatan Ketua AMK cabang Padang Besar dalam pemilihan parti itu semalam.
Ahmad Azzin yang memperoleh 100 undi menewaskan pencabarnya, Muhammad Bahtiar Abd. Malik mendapat 73 undi.
Sementara itu, Zainol Samah memenangi jawatan Ketua PKR cabang Padang Besar dalam pertembungan lima penjuru.
Zainol yang memperolehi 161 undi mengatasi empat pencabar lain iaitu Zainol Sabu yang mendapat 119 undi, Raskhairulimran Raszali (113 undi), Tengku Najmi Tengku Adlin (83 ...