Wah! Terkejut juga Cik Bunga apabila ada teman industri seni maklumkan perangai seorang pelakon veteran ini kepada kita tempoh hari.
Katanya, ini bukan reka-rekaan. Dia sendiri nampak depan mata katanya semasa sedang berjalan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.
Menurut sumber Cik Bunga ini, pelakon veteran yang pernah berlakon drama bersiri popular arahan seorang pengarah tersohor tanah air ini rupanya ada sisi hitam juga di sebalik wajahnya yang nampak baik itu.
Read More →

Riena Diana Tak Sabar Nak Ada Anak, Keith Foo Kata “Tak Lama Lagi Sayang”
Pelakon Riena Diana berkata dia tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri serta ‘meminta’ kekasihnya pelakon Keith Foo untuk merealisasikan hasratnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Riena turut meminta pengikutnya untuk ‘memetik’ nama Keith Foo di ruangan komen serta meminta supaya segera melamarnya.
BACA: Risau Kekasih Haus Masa Tarawih, Keith Foo Hantar Botol Air Untuk Riena Diana
Read More →

Pelakon Wanita Terkenal Didakwa Dah Kahwin Minggu Lalu
Tiada angin tiada ribut, seorang pelakon wanita terkenal didakwa sudah berkahwin minggu lalu dengan lelaki yang tidak didedahkan identitinya.
Memetik Utusan, sumber memberitahu majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis.
Difahamkan, pelakon itu dilhat cantik mengenakan busana serba putih dengan tema putih keemasan dalam majlis akad nikah.
Menurut sumber lagi, pelakon wanita itu dikatakan sedang mencari masa sesuai untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum.
Pelakon tersebut mengenali dan rapat dengan ...

Bidaah mendunia, ‘jajah’ Indonesia – Utusan Malaysia
AKHIRNYA, kita boleh berbangga dan mungkin ‘bermegah’ apabila drama tempatan kita, Bidaah (terbitan Viu) mendunia sehingga ‘menjajah’ Indonesia dengan lebih 2.5 bilion tontonan termasuk sohor kini di tangga pertama.
Tak silap Poklip, ini mungkin kali pertama (atau mungkin kedua) naskhah tempatan kita berjaya menembusi pasaran drama di negara seberang yang kita semua sedia maklum memang hebat dengan barisan sinetronnya.
Sekian lama kita menantikan sebuah naskhah yang benar-benar mendunia di negara itu. Bidaah adalah bukti drama tempatan, idea penerbit tanah air boleh ...

Lelaki Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk – “Tiba-Tiba Dengar Dentuman…”
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi sebelum seorang lagi lelaki turut terkorban akibat dirempuh sebuah kereta ketika memberi bantuan kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 2.10 pagi dan penunggang motosikal berusia 30-an warga Myanmar tersebut dipercayai terbabas sendiri.
Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang membantu penunggang motosikal itu dengan menjaga mangsa daripada lalu lintas, sebelum datang sebuah kereta jenis BMW dan melanggarnya ...

Ulasan filem Blood Brothers: Bara Naga
Saya menganuti kepercayaan Robert McKee dalam bukunya STORY: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting bahawa filem yang bagus akan meninggalkan penonton dalam bungkam dan tergamam. Kita akan pulang, diam, mengambil masa untuk memproses semua perasaan dan pukulan emosi yang menerjang.
Bukan meminjam kata-kata Robert, tapi kesan itu selalunya datang daripada persembahan estetika, cerapan emosi serta persoalan adakah sesuatu naskhah itu berjaya membawa semangat baharu menjadikannya dibahaskan bertahun-tahun selepas penerbitan?
Syafiq Yusof kali ini bergandingan dengan Abhilash Chandra mengepalai taruhan ...

Arafat nafi dakwaan tunjuk pistol pada pemilihan PKR
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menafikan video tular membabitkan dakwaan beliau menunjukkan pistol ketika pemilihan PKR peringkat Cabang Tambun hari ini.
Menurut Muhamad Arafat, dakwaan bersifat fitnah kononnya beliau mengugut calon dan pengundi itu sering dihadapi setiap kali pemilihan parti berlangsung.
“Setiap kali tempoh pemilihan parti akan ada yang memfitnah untuk kepentingan politik calon yang menentang saya dalam pemilihan.
“Rakyat akan dapat menilai fitnah-fitnah yang ditimbulkan tepat pada hari pengundian pemilihan parti di Perak iaitu ...

Ibu Aisyah Aziz Syukur Terima Menantu, Doa Rumah Tangga Dirahmati Allah
Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila anaknya diijabkabulkan dengan Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hafiza turut mendoakan agar rumah tangga anaknya yang dibina itu akan dilindungi dan dirahmati Allah.
BACA: Aisyah Aziz Nikahi Abang Kepada PU Riz
Read More →

Kerajaan diminta selaraskan harga benih padi
PENDANG: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) merayu agar kerajaan menyelaraskan harga benih padi yang ditetapkan pada RM58 di pintu kilang sejak Mac tahun lepas.
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashib Yob berkata, harga tersebut tidak relevan lagi memandangkan harga lantai belian padi ditetapkan pada RM1,500 berbanding RM1,800 sebelum ini.
“Setelah perjumpaan PeSAWAH sendiri dengan menteri pada Februari lepas, kami sudah memaklumkan perkara ini kerana semasa pengilang memohon untuk menaikkan harga benih padi daripada RM45 kepada RM55 sekarang ...

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan sambutan Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.
Dalam perutusan sempena sambutan tersebut, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar perayaan tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan kesejahteraan.
“Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya,” titah baginda.
Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa keharmonian ...