Blog

Lelaki lemas jatuh sungai

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam. 

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan pada pukul 6.58 petang. 

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang seterusnya menggerakkan jentera ke lokasi kejadian. Kerja pencarian awal dilakukan di sekitar tebing sungai dengan menggunakan bot secara permukaan air.

Read More →

Dah kalah salahkan bola

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya masih berpeluang ke final Piala Liga dengan syarat pemainnya perlu menguasai bola ‘bermasalah’ yang digunakan dalam pertandingan itu. The Gunners kalah 2-0 kepada Newcastle dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam hasil jaringan Alexander Isak dan Anthony Gordon. Arsenal melakukan 23 percubaan sepanjang perlawanan tetapi hanya tiga yang tepat, … Read More →

Pekerja Bank Alami Kecacatan Kekal, Dua Doktor Didakwa Cuai Diarah Bayar Ganti Rugi RM850K – “Pakar Tunda Pembedahan..”

Melalui laporan FMT, Mahkamah Tinggi Klang telah memutuskan untuk dua orang doktor bertanggungjawab dengan membayar ganti rugi sebanyak RM850,000 susulan cuai ketika melakukan pembedahan hingga mengakibatkan seorang pekerja bank alami kecatatan kekal pada lengan kanan.

Dua doktor perlu bayar ganti rugi lebih RM800,000

Dalam pada itu, dua orang doktor tersebut juga kena membayar RM85,000 sebagai kos guaman buat pekerja bank bernama Fahmi Hata itu dengan bertanggungjawab liabiliti dibahagikan 65:35 antara mereka.

Bagaimanapun, kini semua pihak sedang membuat rayuan susulan ...

Read More →

Suka Dessert Perkenalkan ‘Tricolour Chocolate’, Harga RM60 Buat Ramai Tergamam – “Makin Menjadi-Jadi Mahal”

Sedia maklum, pemilik kedai manisan terkenal, Suka Dessert yang dikenali sebagai Aunty Jah sebelum ini sering menjadi perhatian ramai susulan harga dessert yang didakwa terlalu mahal.

Perkenalkan dessert baru ‘Tricolour Chocolate’

Selepas kes ais krim berharga RM18 yang dijual Suka Dessert sebelum ini tular, terkini Aunty Jah sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memaklumkan kepada peminat bahawa Suka Dessert akan melancarkan dessert baru yang dipanggil sebagai Tricolour Chocolate.

Dessert terbaru ini merupakan dipping sauce di mana ia mempunyai tiga lapisan coklat yang berbeza.

Read More →

Kisah harimau jadian difilemkan – Utusan Malaysia

HARIMAU jadian ditakrifkan benar-benar wujud satu masa lalu berdasarkan catatan Residen British di Pahang, Hugh Clifford pada abad ke-19.

Rekod peristiwa di Sungai Tembeling, Pahang sekitar tahun 1860-an itu menarik minat pengarah, Fazli Yasin untuk mengupas tentang kejadian mistik itu dalam filem arahan terbaharunya, Limbungan: Tragedi Hitam 1975.

Jalan cerita filem ini adalah fiksyen, namun diinspirasikan daripada kisah benar. Justeru, Fazli menggalas tanggungjawab yang besar dalam menginterpretasikan cerita filem ini kerana harimau jadian benar-benar wujud di Tanah Melayu.

Dalam sidang media yang ...

Read More →

Negara mampu sedia graduan berkemahiran teknologi, teknikal – MQA

PETALING JAYA: Negara tiada masalah melahirkan graduan berkemahiran teknologi dan teknikal seiring transformasi keperluan sektor industri dalam menggunakan kecerdasan buatan (AI). Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) juga diberikan kebebasan untuk merombak kursus pengajian dengan menyesuaikan elemen AI di dalamnya. “Masyarakat seharusnya peka … Read More →

Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara

KUANTAN: Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands, dekat sini ditutup sementara berikutan kejadian tanah runtuh, Isnin lalu yang menutup laluan utama ke pusat pelancongan itu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaludin berkata, penutupan sementara itu bermula semalam sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan, termasuk pembersihan tanah runtuh dan pembaikan cerun jalan menuju ke TER Mossy Fo­rest serta Gunung Irau giat dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

“Pada masa ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menyelenggara ...

Read More →

Sokongan Pas pada Najib hanya sandiwara – Amanah

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa sokongan Pas terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sandiwara untuk meraih sokongan orang Melayu.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tidak mustahil satu hari nanti, Pas akan membuang Najib jika bekas Presiden UMNO itu tidak lagi menguntungkan politik parti tersebut.
Dalam coretan dalam Facebook miliknya, beliau turut berkongsi pengalaman lebih 37 tahunnya bersama Pas sejak 1978 sehinggalah 2015 selepas tersingkir daripada jawatan Timbalan Presiden.

Dakwanya, selama di dalam Pas, beliau didoktrinkan ...

Read More →

100 jam penerbangan Bomba bawa pesakit

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan sebanyak 100 jam penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu membawa pesakit menerima rawatan di hospital sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Mohd. Ruzaidi Ramlee berkata, operasi penerbangan itu membabitkan tiga pangkalan udara yang berpusat di Pangkalan Wilayah Tengah, Subang, Selangor, Pangkalan Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang dan Pangkalan Wilayah Sarawak di Miri, Sarawak.

“Secara keseluruhannya sebanyak 56 penerbangan untuk operasi Medevac tahun ...

Read More →
Page 150 of 1,607 «...120130140148149150151152...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X