Pejam celik, anak kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais bakal menjalani sesi persekolahan tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila dilihat ada memuat naik video momen anak lelakinya sedang menikmati makanan. Shila turut merasa sebak anaknya bakal bersekolah serta mendoakan agar Seth menjadi anak soleh.
BACA: Suami Shila Amzah Berhenti Kerja, Mahu Fokus Niaga Baju & Kebun Di Pahang
Read More →
Tak Pernah Rasa Dengki, Syada Amzah Bangga Dengan Shila
Penyanyi Syada Amzah menafikan dakwaan dia cemburu serta iri hati dengan kejayaan dikecapi kakaknya, penyanyi Shila Amzah.
Tenang membalas tuduhan tersebut, Syada berkata dia tidak pernah rasa dengki terhadap kejayaan Shila sebaliknya bangga kerana mempunyai kakak yang hebat.
BACA: Netizen Puji Suara Syada Amzah Sedap Cover Lagu Tagalog
“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik ...
Gudang perkakasan dijilat api, dua termasuk warga asing melecur
PERMATANG PAUH: Seramai dua pekerja cedera selepas sebuah gudang yang menyimpan pelbagai jenis perkakasan termasuk cat hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Permatang Janggus, di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Salah seorang mangsa iaitu lelaki warga Myanmar berusia 50-an dilaporkan melecur sehingga 70 peratus manakala seorang wanita warga tempatan berusia 30-an hanya mengalami cedera ringan.
Dalam kejadian itu juga, dua buah lori; tiga buah kereta serta dua buah motosikal turut terbakar dengan peratus kemusnahan sehingga 90 peratus.
Ryan Bakery tolak kerjasama barang boikot di TikTok
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan personaliti media sosial, Ryan Bakery, menolak kerjasama dengan jenama barangan boikot bagi menghormati nasib saudara di Palestin.
Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, lega apabila keputusan itu diterima baik oleh pihak pengurusan mahupun pelanggan.
“Dahulu saya tak tahu mengenai isu barangan boikot jadi saya terima pelawaan kerjasama menjalankan kempen di media sosial.
“Namun apabila sudah faham, saya sendiri tidak sedap hati untuk teruskan. Akhirnya saya berbincang dengan pelanggan untuk tidak meneruskan kempen dan memulangkan kembali wang yang ...
China pecat sembilan pegawai tentera
BEIJING: Kerajaan China dilaporkan memecat sembilan pegawai tentera termasuk empat jeneral dari unit peluru berpandu strategik.
Ia merupakan rombakan besar-besaran berikutan pelantikan Menteri Pertahanan baharu republik itu.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis yang memerintah.
Setakat ini, tiada penjelasan diberikan atas pemecatan pegawai berkenaan.
Pemecatan pegawai berkenaan merupakan salah satu siri langkah penstrukturan semula peringkat tertinggi dalam tentera sejak Menteri Pertahanan, Li Shangfu dipecat pada Oktober lalu, berikutan spekulasi keberadaannya selama berbulan-bulan.
Li Shangfu ...
Koo Ham mohon maaf, tiada niat campur hal ehwal Islam
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham tampil memohon maaf dan menarik balik cadangannya melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.
Beliau mengakui tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan hal ehwal Islam dan hanya membuat cadangan tersebut supaya jawatankuasa itu mengambil kira pandangan semua pihak.
“Sekarang sudah jelas jawatankuasa khas ini ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) diketuai Sultan Selangor yang ...
Pemain industri pelacongan Melaka promosi Pakej 24
MELAKA: Pemain industri pelancongan di negeri ini bakal menyediakan pelbagai pakej serta diskaun khas kepada pelancong khususnya pada tarikh 24 setiap bulan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat TMM2024, Datuk Lim Chow Beng berkata, hampir semua hotel-hotel di negeri ini menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan Pakej 24.
Menurut beliau, Pakej 24 itu ditawarkan mengikut kreativiti pemain industri pelancongan negeri bertujuan untuk menggamit ...
Masjid, surau terjejas boleh mohon peruntukan kecemasan
JERANTUT: Masjid dan surau yang terjejas banjir di negara ini boleh mengemukakan permohonan peruntukan kecemasan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menampung kos kerosakan kesan bencana alam itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, pihaknya bersedia mempertimbangkan setiap pemohonan pentadbir masjid dan surau kerana memahami kesulitan dialami mereka terutama bagi mengembalikan kemudahan untuk keselesaan jemaah.
“Selain daripada peruntukan RM150 juta oleh Kerajaan Persekutuan untuk pusat pendidikan, Insya-Allah kalau ada permohonan dikemukakan oleh masjid atau surau ...
Sistem pengurusan banjir JKNK jadi SOP KKM
PASIR MAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjadikan sistem pengurusan banjir yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sebagai penanda aras kepada persediaan menghadapi banjir di negeri-negeri lain.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sistem yang tersedia sepatutnya diperluaskan ke seluruh negara dan diangkat sebagai prosedur operasi standard (SOP) KKM bagi menghadapi bencana alam itu.
“Kemudahan sistem digital atau dashboard yang diguna pakai membolehkan JKNK membuat ramalan awal kawasan-kawasan yang akan menghadapi kesan ...
Aktiviti perkhemahan di Port Dickson hanya di kawasan ditetapkan
PORT DICKSON: Tindakan penguatkuasaan boleh diambil kepada pengunjung di pantai-pantai peranginan di Port Dickson yang berkhemah di kawasan yang tidak dibenarkan selain menggunakan kemudahan wakaf sebagai tempat perkhemahan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, tindakan tegas itu akan diambil jika pendekatan teguran dan nasihat yang akan diberikan terlebih dahulu oleh pihak penguat kuasa tidak diendahkan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengunjung yang hanya mahu berkhemah di pantai-pantai di ...