PETALING JAYA: Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia telah dirancang lebih awal bagi memperkukuh hubungan dua hala.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan rasmi itu juga merupakan usaha berterusan kedua-dua negara untuk membincangkan pelbagai perkara meskipun lawatan ini berlangsung dalam suasana geopolitik serta geoekonomi serantau yang mencabar.
“Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang mengamalkan keterbukaan dan hubungan seimbang dengan semua rakan antarabangsa.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia juga memikul tanggungjawab penting untuk ...