IPOH: Masalah kewangan dipercayai punca seorang pekerja menikam majikannya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berlaku perselisihan faham antara wanita berusia 49 tahun itu dengan suspek berusia 54 tahun sebelum lelaki terbabit bertindak menikam mangsa di dada.
Katanya, mangsa yang juga pengusaha kedai aksesori telefon bimbit itu maut di lokasi kejadian.
“Maklumat kejadian diterima daripada orang awam pada pukul 10.55 pagi yang ...