KAMPAR: Tiga lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Naza Citra dan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pada pukul 1.37 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, nahas itu berlaku semasa kereta Naza Citra yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.
“Secara tiba-tiba tayar kenderaan tersebut pecah yang membuatkan pemandu kereta hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang kiri jalan sebelum masuk semula ...