Blog

Perantau pulang, laluan Gua Musang dijangka sibuk bermula esok

GUA MUSANG: Laluan utama di daerah ini dijangka kembali sibuk dengan kenderaan perantau yang akan pulang ke ibu kota bermula esok.airair

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya sentiasa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan lalu lintas lancar.

Menurutnya, pengguna jalan raya diharap dapat membuat persediaan awal dan merancang perjalanan mereka sebaik mungkin untuk pulang ke ibu kota.

“Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur di atas jalan raya dan memastikan kenderaan masing-masing dalam keadaan baik.

“Pemandu ...

Read More →

Bercuti ke negara lain cari kelainan, lebih murah

PETALING JAYA: Selain kos percutian yang lebih murah, kepelbagaian tarikan juga menjadi faktor utama warga tempatan memilih untuk bercuti ke luar negara.

Naib Presiden Luar Negara, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Chong Yu Ken berkata, kebanyakan rakyat tempatan lebih suka melancong ke negara jiran seperti Thailand disebabkan variasi tarikan pelancongan, kepelbagaian budaya, dan kadar pertukaran mata wang lebih menguntungkan.

Menurut beliau, kebebasan untuk menikmati pengalaman yang berbeza dan kemungkinan harga yang lebih kompetitif ...

Read More →
blank

Hanya seorang pelajar masih dirawat hospital

PETALING JAYA: Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand akibat kemalangan membabitkan lima pelajar negara ini di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata, dua lagi pelajar yang cedera dibenarkan keluar dari hospital.

Daripada dua pelajar yang meninggal dunia pula, jenazah seorang daripada pelajar itu selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar dibawa pulang dan selamat dikebumikan di negara ini.

Justeru menurut ...

Read More →
blank

Tiga warga Pakistan dalam perjalanan solat Aidilfitri maut dirempuh kereta

TELUK INTAN: Tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor di sini semalam.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia 20 hingga 35 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.10 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan enam lelaki warga Pakistan yang sedang berjalan kaki menuju ke sebuah masjid berhampiran bagi ...

Read More →
blank

Tiga warga Bangladesh maut nahas dua kenderaan

KAMPAR: Tiga lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Naza Citra dan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pada pukul 1.37 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, nahas itu berlaku semasa kereta Naza Citra yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.

“Secara tiba-tiba tayar kenderaan tersebut pecah yang membuatkan pemandu kereta hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang kiri jalan sebelum masuk semula ...

Read More →
blank

Selangor kumpul RM2 juta bantu bangun semula Gaza

PETALING JAYA: Lebih RM2 juta berjaya dikumpul melalui Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza iaitu inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan kutipan RM8.7 juta untuk dimanfaatkan melalui pelaksanaan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan Apartmen Darul Ehsan, Masjid Darul Ehsan dan Menara Tangki Air Darul Ehsan di Gaza.

Menurut beliau, dengan jumlah dikumpulkan tersebut kerajaan negeri kagum dengan sikap pemurah masyarakat yang menyokong inisiatif Selangor membangunkan semula wilayah ...

Read More →
blank

FIFA bebaskan KDA FC, boleh daftar pemain baharu

PETALING JAYA: Peminat Kedah Darul Aman (KDA) FC boleh menarik nafas lega apabila skuad Sang Kenari sudah boleh mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ia selepas pasukan berkenaan mengesahkan bahawa mereka sudah menerima surat pengesahan penarikan balik sekatan perpindahan pemain daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

KDA FC dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia itu diterima semalam, sekali gus memberi berita gembira buat penyokong Sang Kenari.

“Pihak ...

Read More →
blank

20,000 hadiri majlis sambutan Hari Raya negeri Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Perak tahun 2024 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri ...

Read More →
blank

15,000 orang penuhi Lurah Semantan, hadir rumah terbuka Aidilfitri Sultan Pahang

TEMERLOH: Kira-kira 15,000 pengunjung terdiri daripada rakyat pelbagai kaum hadir membanjiri Lurah Semantan di sini bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Pahang di Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bertitah mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia yang merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang sekali gus mempertahankan demi kemajuan negara akan datang” titah baginda.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah dan. ...

Read More →
blank

AS pertimbang longgar amaran untuk rakyatnya yang melancong ke China

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan tindakan untuk melonggarkan nasihat amaran terhadap rakyatnya yang melancong ke China.

Timbalan Setiausaha Negaranya, Kurt Campbell berkata, beliau mengakui bimbang bahawa amaran itu mungkin menyekat pertukaran antara rakyat AS dan China.

Katanya, saluran komunikasi antara Washington dan Beijing sebahagian besarnya menjadi normal selepas beberapa bulan ketegangan yang semakin memuncak.

Bagaimanapun, beliau turut memberi amaran bahawa sokongan China terhadap perang Russia di Ukraine meletakkan hubungan yang stabil dalam risiko.

Terdahulu, Jabatan Negara AS secara berkala mengeluarkan amaran berperingkat untuk ...

Read More →
Page 1,452 of 1,960 «...1,4201,4301,4401,4501,4511,4521,4531,454...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X