IPOH: DAP Perak mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh menggunakan taktik menyerang tanpa asas selepas tidak mampu menyangkal fakta yang dikemukakan berhubung pencapaian menteri DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak, Jenny Choy Tsi Jen berkata, Muhammad Akmal mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming penyebab ekonomi negara teruk tetapi fakta menunjukkan sebaliknya.
Menurutnya, ini kerana faktanya ialah KPKT mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun ...