ISNIN lalu, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri saya ke pasar raya di Shah Alam untuk membuat persiapan akhir menyambut lebaran.
Saya fikir tentu sudah lengang ketika itu. Tetapi tidak juga. Ramai pula masih berbelanja di situ. Tidak balik ke kampung kah? Mungkin memang orang Shah Alam.
Semasa mahu membayar di kaunter, kad debit saya tidak boleh ditolak. Beberapa kali juga saya meminta juruwang mencuba. Tetapi tidak berjaya. Saya jadi panik dan malu. Tak akan lah duit tiada? Getus saya dalam ...