SHAH ALAM: Kebajikan dan nasib kaum India di negara ini tidak pernah sesekali dipinggirkan oleh Kerajaan Madani selepas lebih setahun pentadbirannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan telah merangka pelbagai program bagi membantu komuniti itu selama ini.
Jelas beliau, pelaksanaan semua inisiatif yang bersifat universal itu meliputi keseluruhan kaum yang bersesuaian dengan agenda Malaysia Madani.
“Sebagai contoh, kemiskinan tegar hampir keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum telah dinoktahkan di Kuala ...