Blog

Mayat lelaki berulat dijumpai dalam kereta

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan busuk dan berulat dalam sebuah kereta di premis menjual kenderaan terpakai di Jalan Pasir Puteh, di sini hari ini.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpa dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima pada pukul 11.51 pagi.

Katanya, ketika ditemui, pintu kenderaan itu dalam keadaan berkunci dari dalam.

“Mayat mangsa yang telah membusuk dan ...

Read More →

Pegawai Imigresen cedera dirempuh warga asing semasa serbuan

SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan cedera ringan setelah dirempuh seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri ketika serbuan Op Selera dan Op Gegar di empat lokasi di daerah ini, semalam.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi ke atas restoran dan pusat urut itu bermula sekitar pukul 9 pagi sehingga 7 malam terdiri daripada sepasukan 19 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

“Semasa operasi di salah ...

Read More →

“Saya Join Group Sebab Nak Kaji” – Podcast Azri Walter Jadi Tumpuan, Dedah Kewujudan Akaun ‘Dark Side’ Cara Pelajar Cari Duit ‘Tepi’

Kewujudan akaun media sosial ‘Dark Side’ (DS) atau akaun sisi hitam seseorang sememangnya diketahui semakin membarah dan menjadi-jadi di Malaysia.

Buat anda yang tidak tahu apakah itu akaun DS, ia adalah akaun media sosial individu yang berselindung di sebalik identiti palsu untuk tujuan menjual servis seks dan tubuh secara haram.

Apa sebenarnya akaun DS?

Kebanyakan akaun DS ini sering dilihat di aplikasi X dan juga telegram kerana ia lebih senang diakses.

Pemilik-pemilik akaun DS ini akan memberi ‘teaser’ aksi seks mereka atau menunjukkan ...

Read More →

Pengikut IG Zahirah MacWilson Bertambah Dari 2.4 Juta Ke 3 Juta

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Fatiya Latiff mengeluarkan kenyataan aktres Zahirah MacWilson dilihat seperti bibik baginya.

Susulan kenyatannya itu, rata-rata netizen mengecam aktres berkenaan dan ramai yang mempertahankan Zahirah. Sehingga kini, Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

BACA: Fatiya Latiff Yakin Zahirah, Aiman Tak Berani Saman

Diruangan komen Instagram Zahirah, rata-rata netizen mengatakan Aiman membuat pilihan yang tepat berkahwin dengan Zahirah.

Lebih menjadi perhatian, hasil tinjauan mendapati pengikut Instagram Zahirah daripada 2.4 juta ...

Read More →

Aaron Wooi Yik kalah,tiada wakil di separuh akhir Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Kekalahan menimpa beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditangan juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan menyaksikan tiada seorang pun wakil Malaysia yang berjaya menjejakkan kaki ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, dekat sini, esok.

Pasangan No. 4 dunia itu terpaksa akur dengan ketangkasan Min Hyuk-Seung Jae yang menghuni ranking No. 3 dunia menerusi kekalahan rubber set 21-16, 18-21, 13-21 dalam aksi yang berlangsung lebih sejam.

Seperti mana dengan ...

Read More →

“Malu Lah Datuk Chef Wan Pada Chef Yang Lain..” – Didakwa Tak Bayar & Kurangkan Gaji Pekerja, Individu Tampil Bidas Cef Selebriti

Tular baru-baru ini di aplikasi X tentang seorang individu yang mendakwa cef celebriti, Datuk Chef Wan tidak membayar dan mengurangkan gaji pekerjanya.

Bawah kadar gaji minimum

Menurut individu tersebut dalam kenyataan yang dimuat naik itu, katanya gaji kakitangan yang bekerja ini dikurangkan hingga bawah kadar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM1.5K.

Bayangkan perasaan mereka ini semua bila diberitahu gaji akan dikurangkan serta merta. Adakah Datuk Chef Wan ini sedar buat keputusan?

 

Staff yang bukan dalam kategori management semuanya disamakan tangga gaji menjadi RM1.5K ...

Read More →

Tak Minat Artis, Zarina Zainoordin Akui Bercinta Dengan Duda Kaya

Pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin mendedahkan dia sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berstatus duda berusia 52 tahun.

Memetik Kosmo, Zarina berkata dia selesa menjalin hubungan dengan dua anak dua itu yang disifatkan bersikap terbuka serta mempunyai kewangan kukuh.

BACA: “Tak Sangka Sampai Sekarang Saya Belum Kahwin Lagi, Umur Nak Cecah 40” – Zarina

“Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua  anak yang masih belajar di sekolah menengah. Dia juga bukan dalam kalangan orang ...

Read More →

Bahan buangan berbahaya ditemukan dilupus secara haram

PORT DICKSON: Satu bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar ditemukan telah dilupus secara haram di satu kawasan ladang kelapa sawit di Tanah Merah, di sini pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima aduan mengenai pelupusan haram tersebut yang berlaku di premis Cypark dan Kualiti Alam Sdn. Bhd. (KASB) di sini.

Menurutnya, aduan berkenaan diterima ...

Read More →

Netizen Usul PMX Ubah Semula Zon Masa Semenanjung Ikut Sabah Sarawak – “Paling Best Waktu Malam, Rasa Panjang…”

Baru-baru ini, waktu di Malaysia menjadi topik perbualan warganet di aplikasi X di mana pengguna media sosial masing-masing meluahkan pendapat mereka.

Ia bermula dengan perkongsian satu akaun berkenaan waktu di Semenanjung Malaysia yang ‘salah’ dan jika diikutkan pada longitud, Kuala Lumpur dan Riau seharusnya berada pada jam yang sama.

Tapi, bila Kuala Lumpur pukul 6pm, masa di Riau adalah pukul 5pm.

Read More →

“Bukan Sakit Mental Kalau Tengah Khayal Dadah”

Perkongsian pelakon Izara Aishah di aplikasi X menjadi perhatian ramai apabila memuat naik ciapan berkenaan kesihatan mental.

Menurut Izara, kesihatan mental hanya sah jika seseorang itu bukan di bawah pengaruh dadah. Bagaimanapun, Izara tidak menyebut mengenai mana-mana individu dalam perkongsian berkenaan.

BACA: “Izara Dibesarkan Dengan Keluarga Moden, Tapi Solat Tak Tinggal”

“Sebarang penyakit mental tidak ‘sah’ sekiranya anda sedang khayal,” tulisnya.

Sementara itu, perkongsian Izara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta ...

Read More →
Page 1,425 of 1,579 «...1,4001,4101,4201,4231,4241,4251,4261,427...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X