TANAH MERAH: Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan tiga lelaki warga Bangladesh menyeludup masuk ke negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok, di sini semalam.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga lelaki berkenaan dikesan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) kira-kira pukul 10 malam.
“Ketika melaksanakan rondaan, sepasukan anggota mengesan tiga lelaki dewasa yang mencurigakan berada di tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia. ...