Blog

Co-opbank buka cawangan di Sandakan dan Kuching

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan dua cawangan secara serentak di Sandakan, Sabah bagi cawangan ke-32 dan Kuching, Sarawak bagi cawangan ke-33. Dalam kenyataan, Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan kedua cawangan ini untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat selain seiring dengan perancangan strategik CBP mengembangkan perniagaan di negeri berkenaan. “Cawangan Kuching II ini merupakan…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk ...

Read More →

Banjir Johor makin pulih, hanya 791 mangsa masih di PPS

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 791 mangsa daripada 214 keluarga, setakat pukul 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi berkurangan kepada sembilan PPS di lima daerah.

Katanya, jumlah mangsa banjir itu berkurangan berbanding 1,124 mangsa daripada 319 keluarga di 13 PPS di Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Batu Pahat yang direkodkan pukul ...

Read More →

“Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional” – Mufti

Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah ada mengeluarkan kenyataan saranan kepada para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank berstatus konvensional untuk berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

Menurut Luqman, para pekerja yang terlibat dengan bank konvensional dibahagikan kepada dua kategori iaitu secara tidak langsung dan secara langsung dengan unsur riba.

Susulan daripada itu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Nor tampil mengulas saranan tersebut.

Menurut Wan Salim,  jika dalam keadaan darurat atau terpaksa bekerja ...

Read More →

KKDW aris enam fokus utama untuk perubahan, pembangunan 15,000 kampung

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam fokus utama digariskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang berupaya menjadi game changer atau pengubah keadaan untuk pembangunan desa khususnya membabitkan 15,000 kampung di seluruh negara.

Enam fokus utama tersebut adalah Ekonomi dan Keusahawanan, Pengukuhan Tadbir Urus dan Kemampanan Agensi dan Anak Syarikat, Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi, Kepimpinan Desa dan Tatakelola dan Sistem Penyampaian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru itu pihaknya melaksanakan pelbagai game changer ...

Read More →

Tentang harapan penggiat tulisan khat

MASIH ramai lagikah yang istiqomah, ‘mengukir’ pensil untuk menulis khat sebagaimana ketika zaman persekolahan dulu?
Dengan kesibukan kerja dan urusan seharian, saya beranggapan tulisan khat hanya menjadi amalan ketika fasa umur tertentu sahaja.
Apa membimbangkan seandainya tulisan khat dan jawi yang menjadi elemen kesenian Islam pupus dalam ledakan teknologi masa kini.
Bagaimanapun menurut penulis khat yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, Dhuha Rashidi 37, tulisan khat mempunyai peminat tersendiri yang dapat memahami kesenian dan keunikan dengan falsafah serta simbol ...

Read More →

Kerajaan akan kaji Akta Parlimen Berpenggal Tetap – Azalina

PETALING JAYA: Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan meneruskan kajian terperinci termasuk kajian impak dan mendapatkan pandangan orang awam berkenaan pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dapatan kajian yang menyeluruh tersebut akan digunapakai bagi pertimbangan dasar oleh Kabinet.

Kata beliau, kerajaan juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

“BHEUU ...

Read More →

Pemilik pas OKU Smile nikmati tambang percuma

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan baharu iaitu OKU Smile yang khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menikmati tambang percuma bagi seluruh perkhidmatan mereka.

Prasarana berkata, pengaktifan dan langganan pas OKU Smile boleh dibuat bermula esok, bagi membolehkan pengguna OKU menikmati tambang percuma bermula pada 1 Februari ini.

“Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan pemohon baharu.

“Maklumat berkaitan ...

Read More →

RUU penggal tetap Parlimen hilangkan ‘ketakutan’ pelabur

ALOR GAJAH: Ketakutan pelabur asing terhadap jangka hayat sesebuah kerajaan Persekutuan di negara ini bakal terpadam seandainya rang udang-undang (RUU) penggal tetap Parlimen direalisasikan seperti diutarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pertukaran kerajaan pada 2018 daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) boleh dijadikan sandaran yang mana pelbagai projek berkualiti tinggi dibatalkan, lantas menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Jelasnya, RUU itu juga akan melindungi mana-mana parti ...

Read More →

Dadah bernilai RM4.4 juta dirampas di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Terengganu merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.4 juta pada tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, jumlah rampasan itu termasuk tujuh kilogram pil kuda atau pil yaba yang dirampas menerusi Ops Camar di Besut pada November lalu.

Katanya, sepanjang tahun 2023 juga seramai 3,496 orang pengedar dan penagih dadah dicekup atas kesalahan di bawah Seksyen 6, 6B, 12(2), 39A (1), 39A (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, tangkapan itu ...

Read More →

‘Influencer’ Dakwa Ada Restoran Guna Air Kencing Toyol Untuk Masak Kari, Persatuan Restoran Mamak Buat Laporan Polis

Tular sebelum ini mengenai satu hantaran TikTok yang dimuat naik oleh seorang ‘influencer’ mendakwa ada restoran mamak yang beroperasi di Malaysia menggunakan air kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.

Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan turut mendakwa para pekerja restoran mamak memakai seluar dalam lelaki berwarna putih untuk membalut nasi, selain berkongsi pengalaman bekas pekerja restoran mamak yang menggunakan air mandian untuk memasak kuah dan mendakwa kuah dal dicampur dengan najis yang dibekukan.

Read More →
Page 1,418 of 1,578 «...1,3901,4001,4101,4161,4171,4181,4191,420...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X