PETALING JAYA : Selepas membuat pendedahan mengenai dirinya merupakan kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, akaun instagram milik Sarah Yasmine telah mendapat perhatian ramai warganet.
Menerusi Instagram milik wanita itu, pengikutnya mula meningkat sebanyak 41,000 selepas pendedahannya menjadi tular di media sosial.
Malah, dia dan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah dilihat turut saling mengikuti antara satu sama lain di platform yang sama.
Sementara itu, ibu kepada Bella, Siti Zarina Astillah mendakwa anaknya tidak tahu tentang kewujudan wanita yang membuat pengakuan sedemikian. ...