Blog

Tang Jie-Ee Wei lanjut kemarau 60 tahun kejuaraan

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil kedua tersingkir selepas tewas kepada pasangan China pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2025, sebentar tadi.

Kekalahan itu juga gagal menamatkan kemarau 60 tahun negara apabila kali terakhir acara itu dimenangi oleh Teh Kew San-Ng Mei Ling pada 1965.

Beraksi di Axiata Arena, gandingan negara terpaksa tunduk kepada beregu No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-14 dalam masa 50 minit.

Tang ...

Read More →

Lelaki terkejut rumah sewa bertukar jadi reban ayam

SHANGHAI: Seorang lelaki dari Shanghai terkejut apabila mendapati pangsapuri yang disewakannya dua tahun lalu telah dijadikan reban ayam sehingga kediaman itu rosak teruk dan tidak dapat dibaiki. Lelaki itu mengeluarkan semua wang simpanan untuk membeli dan mengubah suai rumah tersebut dan kemudian menyewakannya untuk mendapat keuntungan kecil. Tetapi baru-baru ini dia dimaklumkan oleh jirannya terdapat … Read More →

Curi kad kredit dalam pesawat, lelaki warga China ditahan

BALIK PULAU : Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang lelaki warga China yang disyaki cuba mencuri kad kredit milik seorang penumpang wanita dalam sebuah pesawat komersial dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 54 tahun itu ditangkap oleh pihak keselamatan pesawat selepas mangsa, seorang pelancong wanita warga Australia yang berusia 44 tahun, membuat aduan.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk membantu siasatan di bawah ...

Read More →

Tak pernah sorok Titah Adendum, hanya kuasa mutlak Agong

BUKIT MERTAJAM : Kerajaan tidak pernah berniat untuk menyembunyikan sebarang dokumen berkaitan Titah Adendum terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya, semua keputusan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Itulah dia. Bukan kita sorok (Titah Adendum). Tapi, ia adalah keputusan mutlak daripada Yang di-Pertuan Agong. Jadi, keadaan dia setakat itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Program Muhibbah Madani ...

Read More →

‘Tidak wajar naik insurans perubatan tanpa alasan munasabah’

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, premium insurans perubatan tidak wajar dinaikkan tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau berkata, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan itu, beliau mahu memastikan ia tidak akan membebankan rakyat.

“Saya sudah tekankan kepada Gabenor (BNM) bahawa saya tidak mahu tolak ansur terhadap mana-mana syarikat insurans dan sektor swasta kesihatan.

“Kalau benar (kenaikan) itu diperlukan dan terpaksa (dinaikkan) dengan alasan munasabah, saya akan berdepan dengan rakyat.

“Tetapi, kalau sendiri ...

Read More →

Polis buru pemuda rogol remaja 15 tahun hingga hamil

PETALING JAYA: Remaja perempuan mengandung 10 minggu selepas dirogol kenalan lelakinya di kediaman suspek pada hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat doktor yang merawat mangsa pada pukul 12.12 tengah malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 15 tahun itu berkenalan dengan suspek berusia 20-an sejak November lalu.

“Bermula dari perkenalan itu mereka melakukan hubungan seks di rumah suspek,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan ...

Read More →

Hasrat Soon Huat-Shevon ke separuh akhir tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas di separuh akhir selepas tumpas kepada Dechapol Puavaranukoh-Supissara Paewsampran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Gandingan No. 6 dunia itu tunduk dalam permainan rubber set 21-17, 12-21, 16-21 kepada beregu Thailand dalam aksi yang berlanjutan selama lebih sejam.

Kekalahan tersebut menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu kini berpihak kepada Dechapol-Supissara 2-1.

Walaupun tewas, kejayaan melangkah sehingga ke separuh akhir Terbuka Malaysia merupakan pencapaian terbaik Soon Huat pada ...

Read More →

Dua lagi kakitangan agensi kerajaan direman

PUTRAJAYA: Dua lagi kakitangan dan seorang bekas kakitangan agensi sebuah kementerian ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit amalan rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP) tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain selepas permohonan dibuat SPRM hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan sekitar pukul 3.30 hingga 5 ...

Read More →

Negeri Sembilan akhirnya menang di gelanggang sendiri

SEREMBAN: Riak gembira terpapar pada wajah setiap pemain, pengurusan, para jurulatih dan sudah tentu para penyokong Hoben Jang Hoben apabila Negeri Sembilan FC (NSFC) mencatat kemenangan sulung dalam saingan Liga Super musim ini di laman sendiri iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Walaupun terpaksa menunggu sehingga 16 perlawanan sejak liga bermula, kemenangan itu adalah yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta bola sepak negeri ini yang hampa dengan 11 kekalahan dan tiga kali seri serta hanya satu kemenangan.

Ironinya, kemenangan malam ...

Read More →

Hanya Insan Biasa, Aisyah Hijanah Minta Jangan Panggil Ustazah

Pempengaruh media sosial sensasi Aisyah Hijanah menjelaskan dirinya bukan ustazah serta meminta orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisyah membuat penjelasan itu serta mengatakan dia hanya insan biasa yang suka belajar dan berkongsi ilmu buat pengikutnya di media sosial.

“Saya hanya insan biasa yang sangat suka belajar. Jadi segala yang Aisyah belajar, Aisyah memang akan buat video dan berkongsi di IG dan TikTok. 

“Lama dah Aisyah baut benda ni sejak sebelum kahwin lagi. So jangan ...

Read More →
Page 140 of 1,608 «...110120130138139140141142...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X