PETALING JAYA: Skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila membelasah Chile 5-0 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan yang berlangsung di Muscat, Oman hari ini.
Atas kertas, impian Malaysia ke Sukan Olimpik Paris sudah pun berkecai setelah terkandas di peringkat kumpulan.
Begitupun anak buah Arul Selvaraj tampil garang dengan Muhammad Razie Abd Rahim berjaya meledak pada minit ke 32 menerusi pukulan sudut penalti.
Mohamad Ashran Hamsani berjaya menggandakan jaringan dua minit kemudian ...