MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan sama ada secara langsung atau tidak berhubung penahanan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ab. Rauf berkata, sebarang dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan penahanan tersebut adalah tidak berasas, bersifat spekulatif dan untuk mengelirukan rakyat.
“Tuduhan seperti ini bukan sahaja menjejaskan reputasi kepimpinan negeri, malah dilihat sebagai cubaan untuk mengganggu fokus pentadbiran negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan ...