PETALING JAYA: Skuad badminton lelaki negara mencatat kemenangan kedua selepas mudah membenam Algeria 5-0 dalam aksi Kumpulan D dan sekali gus, memastikan slot suku akhir menjadi milik Malaysia pada Piala Thomas di Chengdu, China, hari ini.
Pemain No. 10 dunia, Lee Zii Jia yang hanya memerlukan masa 26 minit untuk menumpaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 menghadiahkan mata pertama Malaysia.
Pasukan kebangsaan yang memilih merehatkan Leong Jun Hao mempertaruhkan Cheam Jun Wei selaku perseorangan kedua dan pemain yang menghuni ranking ke-63 dunia ...