KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berhasrat membekalkan lebih 1,000 beg darah setahun melalui program derma darah membabitkan pegawai dan anggotanya bermula tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, bagi merealisasikan sasaran itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu akan menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT).
Beliau berkata, sumbangan bekalan darah itu bagi membantu meningkatkan bekalan darah untuk kegunaan hospital-hospital di Terengganu yang didapati semakin berkurangan.
Menurutnya, pegawai dan anggota polis di negeri itu digalakkan turut serta menyertai program derma darah ...