PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi menyiasat kejadian tiga anak tentera di sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang yang ditemukan mati lemas dalam kolam latihan, semalam.
Panglima Tentera Darat (PTD), Leftenan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, lembaga siasatan itu akan mengenal pasti punca-punca berlakunya insiden tersebut terutama bagaimana kesemua mangsa melepasi pagar yang mengelilingi kolam latihan berkenaan.
Katanya, turut dikenal pasti ialah saksi-saksi yang boleh membantu memberi ...