PETALING JAYA: Gara-gara menjalinkan hubungan dengan isteri orang, seorang lelaki cedera parah akibat dipukul suami kekasihnya serta beberapa individu dalam kejadian di Ampang Jaya, Selangor pada 23 Januari lalu.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 7.30 pagi apabila seorang wanita yang juga kerani berusia 25 tahun dan rakannya datang ke Ampang mengenai isu salah faham.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pengadu bersama rakannya telah berjumpa dengan suspek di kedai makan di lokasi kejadian pada 10.15 pagi.
Katanya, suspek ...