KANGAR: Pengusaha perkhidmatan penghantaran hadiah secara mengejut atau surprise delivery di negeri ini antara yang tidak menang tangan menerima tempahan sempena sambutan Hari Guru semalam.
Sejak kebelakangan ini mula menjadi trend kebanyakkan ibu bapa membuat kejutan daripada anak kepada guru di sekolah khususnya pada Hari Guru.
Malah, ada dalam kalangan ibu bapa mengeluarkan belanja sehingga RM400 bagi menyediakan hadiah anak kepada guru yang dihantar menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha Aqma craft, Maizatul Akmar Mat Nasir,34, berkata, sejak semalam dia ...