ISKANDAR PUTERI: Keadaan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md. Elias yang cedera alibar dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk, baru-baru ini menunjukkan perkembangan positif.
Abangnya, Muhammad Syafiq, 29, memberitahu, adiknya telah selamat menjalani empat pembedahan termasuk bagi menutup luka pada bahagian belakang badan.
Sebelum ini, atlet berusia 22 tahun itu telah menjalani beberapa pembedahan termasuk pada bahagian bahu dan tulang pelvis.
Siti Nurul Masyitah atau manja dengan panggilan Uda bakal menjalani beberapa pembedahan ...