PETALING JAYA: Kutipan hasil negara dijangka menurun pada 2024 disebabkan penurunan berterusan dalam pendapatan pelaburan berkaitan petroleum, menurut laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia 2024 oleh Bank Dunia.
Menurut laporan tersebut, hasil kerajaan persekutuan diunjur menurun kepada 15.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2024 berbanding 17.3 peratus tahun lalu terutamanya disebabkan oleh pendapatan pelaburan yang lebih rendah di bawah kutipan hasil bukan cukai.
Ujarnya, secara khusus, kerajaan menjangkakan dividen yang lebih rendah daripada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) walaupun andaian untuk ...