GEORGE TOWN : Seorang guru tuisyen wanita mengalami kerugian sebanyak RM919,990 selepas menjadi mangsa satu sindiket penipuan telefon atau phone scam, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu, mangsa yang berusia 48 tahun itu tampil membuat laporan mengenai kejadian tersebut, Selasa lalu.
“Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah menerima satu SMS (khidmat pesanan ringkas) pada 11 April lalu (Jumaat) kira-kira pukul 11.57 pagi daripada satu nombor telefon yang tidak dikenali, memaklumkan mengenai penggunaan kad ...