Penyanyi Stacy menasihati salah seorang anggota SMDX iaitu Elle yang sempat tular baru-baru ini untuk menjaga tutur kata dan lebih berhati-hati ketika menjawab sebarang soalan terutamanya di media sosial.
Biar orang kenal kerana bakat
Menurut penyanyi kelahiran Sabah ini, Stacy berpendapat setiap artis perlu menjaga nama baik dan pandai mengawal situasi ketika berdepan dengan peminat.
Datang dalam industri ini, kena bersedia dengan semua soalan. Berhati-hati dalam setiap kita buat baik dari segi perbuatan atau percakapan.
Biar orang kenal kita sebab bakat, bukan kontroversi ...