KUALA LUMPUR : Memilih momen bahagia bersama peminat dan pengikut di media sosial, pelakon, Afifah Nasir, berkongsi berita gembira bahawa dirinya sudah dilamar kekasih hati, Syed Hariz, untuk dijadikan isteri.
Perkara itu dikongsikan Afifah menerusi gambar-gambar manis yang memaparkan dia dan kekasihnya berada di sebuah lapangan terbang sebelum Syed melamarnya di sebuah pesawat ringan, Sabtu lalu.
“Cik Afifah, boleh saya tanya adakah awak mahu menjadi Mrs. Hariz tahun ini,” tulis keterangan gambar dikongsikannya itu.
Pasangan tersebut juga dilihat menggayakan baju sedondon biru ...