Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh pihak Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai telah meraih perhatian.
Tawar elaun lumayan buat imam
Dalama hantaran tersebut tertulis tawaran buat siapa-siapa yang mahu menjadi imam untuk solat Tarawih pada bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak lama lagi.
Jumlah elaun yang diletakkan juga agak tinggi dan disebabkan itu hantaran berkenaan raih perhatian pengguna Facebook lain.