KUALA LUMPUR: Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan kemelut yang melanda atlet olahraga pada ketika ini akan ditangani secara menang-menang tanpa bersikap berat sebelah kepada pihak tertentu.
Beliau berkata, apa yang paling penting adalah fakta dan kebajikan atlet tidak akan sesekali diabaikan.
“Kita telah membuat persediaan untuk Sukan SEA. Jadi kita berharap akan buat yang terbaik.
“Kita akan menyiasat, saya baru dapat maklumat dan kita akan ambil tindakan serta-merta, dalam situasi menang-menang,” katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Mesyuarat ...