Blog

KL City FC berpesta gol di laman sendiri

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City FC menepati ramalan untuk mencipta kemenangan bergaya apabila membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KDA FC yang sebelum ini berdepan isu tunggakan gaji sehingga mendorong skuad utama memboikot pasukan menurunkan pemain skuad Bawah 23 (B-23) dan Bawah 20 (B-20) pada aksi tersebut.

Kapten KL City FC, Paulo Jouse meledak hatrik pada perlawanan tersebut manakala dua lagi gol masing-masing dijaringkan oleh Jovan Motika ...

Read More →

Manchester United kembali di landasan kemenangan

PETALING JAYA: Manchester United kembali menemukan rentak kemenangan selepas menumpaskan Southampton 3-0 di Stadium St. Mary, sebentar tadi.

Dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris itu, skuad bimbingan Erik Ten Hag meledak dua jaringan pada separuh masa pertama masing-masing menerusi Matthijs de Ligt minit ke-35 dan Marcus Rashford minit ke-41.

Alejandro Garnacho menambah satu lagi jaringan buat pasukan pelawat pada penghujung babak kedua perlawanan.

Kemenangan kedua dalam empat perlawanan itu meredakan tekanan yang dihadapi Ten Hag selepas ...

Read More →
blank

Sijil Kemahiran Malaysia tahap 6 hingga 8 setarah Ijazah Pertama

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan bahawa Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6, 7 dan 8 akan diiktiraf setaraf dengan ijazah pertama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan ini diharapkan dapat memberi peluang yang lebih besar kepada generasi belia khususnya dalam bidang kemahiran.

“Ia selaras dengan Dasar Tahfiz Negara (DPTN) yang merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasa pendidikan tahfiz dengan memastikan pembangunan institusi tahfiz yang lebih sistematik, selaras dan relevan dengan keperluan semasa.

“DPTN bertujuan untuk melahirkan huffaz ...

Read More →
blank

Gol De Ligt tutup mulut pengkritik

SOUTHAMPTON: Pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt membuktikan dirinya masih berbisa apabila membantu Red Devils menewaskan Southampton 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary, sebentar tadi.

De Ligt sebelum ini dipersalahkan apabila menjadi punca gawang Belanda dibolosi dua kali ketika seri 2-2 menentang Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara pada Rabu lalu sehingga terpaksa dikeluarkan.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menerima kritikan hebat apabila kesilapan yang dilakukannya telah menyebabkan gawang Belanda dibolosi ketika pasukannya menewaskan Bosnia-Herzegovina 5-2 ...

Read More →
blank

Muktamar Pas lulus pindaan perlembagaan, wujud peruntukan anti lompat parti

TEMERLOH: Muktamar Tahunan Pas hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas untuk menangani isu lompat parti.

Perkara itu dipersetujui dua pertiga daripada 1,324 perwakilan parti sempena Muktamar Pas Tahunan kali ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pindaan peruntukan anti lompat parti tersebut diperkenalkan bagi menangani isu berkenaan pada masa depan.

“Mana-mana ahli yang menyertai atau menyokong parti lain yang tidak dianggotai Pas, atau mengambil tindakan bertentangan dengan ...

Read More →
blank

China pantau kapal Jerman di Selat Taiwan

blank

blank

BEIJING: China berasa terancam dengan tindakan Jerman sehari selepas dua kapal tentera Berlin belayar melalui Selat Taiwan. Jurucakap Tentera China, Li Xi berkata,pihaknya akan memantau dan memberi amaran kepada kapal-kapal tersebut kerana dilihat memberi ‘isyarat yang salah’. Oleh itu, China menggesa Jerman untuk mengelakkan sebarang campur tangan yang akan menjejaskan hubungan dua hala yang sihat… … Read More →

blank

Beberapa kesalahan jalan raya peserta Program Himpunan RX-Z Members dikesan

KUALA NERUS: Polis mengesan beberapa kesalahan jalan raya peserta Program Himpunan RX-Z Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, di sini, yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin, berkata, perkara itu berlaku meskipun peringatan telah diberikan oleh pihak berkuasa sempena himpunan selama dua hari itu.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada saman dikeluarkan pihaknya sebaliknya, hanya diberikan notis.kepada pesalah berdasarkan pemerhatian sepanjang program terbabit.

“Masih ada segelintir peserta melanggar peraturan dan tidak menghiraukan amaran oleh pihak berkuasa antaranya kesalahan tiada ...

Read More →
blank

Nanti datanglah dalam mimpi – Kucing kesayangan Ernie mati

PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri, berkongsi berita duka memaklumkan kucing kesayangannya telah mati pada Sabtu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, menyifatkan kehilangan kucing bernama Matdo itu begitu sakit sama seperti apa dirasanya ketika pemergian manusia yang disayang.

“Mungkin ramai tidak tahu, saya ada dua ekor kucing iaitu MatYo dan MatDo. Hari ini MatDo sudah pergi tinggalkan kami. Saya tidak pernah rasa kehilangan kucing sebelum ini, tapi hari ini saya tahu.

“Rasanya sakit sama seperti kehilangan orang yang disayang,” tulis Ernie ...

Read More →
blank

Liga Super: Aksi tangkas Muhamad Aqil gagal halang kemenangan Perak

SEREMBAN: Jika tanpa aksi tangkas, Muhamad Aqil Abdul Razak sudah tentu pasukan Perak FC berpesta gol dalam kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super petang tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini itu menyaksikan Perak menang dengan keputusan 1-0.

Muhamad Aqil malahan turut menyelamatkan penalti hasil sepakan ketua pasukan Perak, Luciano Guaycochea pada minit ke-63.

Namun aksi cemerlangnya itu tidak cukup menafikan pasukan pelawat untuk ...

Read More →
blank

Nora rujuk semula selepas sebulan cerai

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, kembali rujuk dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan bercerai. 

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata penjelasan ini perlu dilakukan bagi mengelak fitnah. 

“Dengan kuasa Allah, kami sudah rujuk. Manusia hanya merancang tapi Tuhan menentukan. 

“Perkara ini perlu diberitahu bagi mengelak fitnah khususnya mengenai tempoh edah,” kongsinya. 

Enggan memberitahu tarikh sebenar proses rujuk berlaku, penyanyi itu berharap agar peminat dapat ...

Read More →
Page 1,229 of 2,203 «...1,2001,2101,2201,2271,2281,2291,2301,231...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X