PETALING JAYA: Penolakan Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) langkah tepat kerana kandungannya seolah-olah menjadikan blok pembangkang hanya sekadar ‘rubber stamp’ atau pak turut kerajaan.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, antara kandungan MoU tersebut adalah pembangkang tidak boleh membuat sebarang bangkangan di Parlimen.
“Belum lagi dinyatakan tentang ‘paksaan’ kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk tidak membuat ‘bangkangan yang sia-sia’ di dalam Parlimen. Siapakah yang akan membuat definisi sia-sia itu?
“Jika tidak boleh membuat bangkangan, maka apa lagi ...