Blog

Pembangkang bukan `pak turut’ kerajaan

PETALING JAYA: Penolakan Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan kepada  ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) langkah  tepat kerana kandungannya seolah-olah menjadikan blok pembangkang hanya sekadar ‘rubber stamp’ atau pak turut kerajaan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, antara kandungan MoU tersebut adalah pembangkang tidak boleh membuat sebarang bangkangan di Parlimen.

“Belum lagi dinyatakan tentang ‘paksaan’ kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk tidak membuat ‘bangkangan yang sia-sia’ di dalam Parlimen. Siapakah yang akan membuat definisi sia-sia itu?

“Jika tidak boleh membuat bangkangan, maka apa lagi ...

Read More →

MoU tidak ikut sifat tabii amalan demokrasi

TEMERLOH: Pas menolak tawaran Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang oleh kerajaan berjenama madani yang tidak mengikut sifat tabii sebenar mengikut amalan demokrasi yang menepati ajaran Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Islam mewajibkan adil kepada semua dan tidak berbohong apabila mengadakan perjanjian.

“Kerajaan negeri Terengganu dibatalkan perjanjian royaltinya, manakala kerajaan Kelantan pula dinasakhkan perjanjian royaltinya. Adapun Kedah dan Perlis hanya ada minyak gamatnya sahaja.

“Kerajaan Pusat sepatutnya menguji kemampuan empat kerajaan negeri dengan ...

Read More →
blank

Bomba guna 190,000 liter air padam kebakaran trak Tesla

blank

blank

CALIFORNIA: Pasukan bomba terpaksa menggunakan kira-kira 190,000 liter air untuk memadamkan kebakaran sebuah trak elektrik Tesla Semi, selepas kenderaan itu terlibat dalam satu kemalangan bulan lalu. Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), bomba California juga terpaksa menggunakan pesawat untuk menyemburkan bahan kimia bagi menghalang api merebak ke kawasan sekitar sebagai langkah berjaga-jaga. Jelas NTSB, kemalangan… … Read More →

blank

Hidung lebih mancung sebab pernah dibedah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim, 32, memaklumkan dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membetulkan struktur hidungnya.

Katanya, pembedahan itu bukanlah untuk tujuan kosmetik, sebaliknya membetulkan tulang yang patah akibat kecederaan yang dialaminya ketika remaja.

“Ramai juga yang bertanya tentang perkara ini. Mungkin ada yang hairan sebab dalam kalangan ahli keluarga, hidung mereka tak mancung macam saya.

“Sebenarnya, ketika usia saya 15 tahun, hidung saya pernah dua kali patah. Pertama ketika bermain bola keranjang dan Kedua semasa pertandingan Taekwando.

“Disebabkan itu, dulu hidung ...

Read More →
blank

`Teruja tunggu surat saman, mudah telanjangkan reformasi palsu Rafizi’ `Teruja tunggu surat saman, mudah telanjangkan reformasi palsu Rafizi’

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersedia untuk mendedahkan segala reformasi palsu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.

Beliau juga bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang berhubung dakwaannya dan menunggu surat mengenai perkara itu.

“Kamu nak heret ke mahkamah? Silakan. Saya tunggu dengan penuh rasa teruja surat saman (LOD) daripada peguam kamu Rafizi.

“Mudah kami telanjangkan macam-macam tatakelola reformasi palsu kamu di sana. I say bring. It. ON!,” katanya dalam hantaran menerusi ...

Read More →
blank

Kon Yeow mahu pengusaha makanan kekalkan standard kebersihan, jaga imej

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengingatkan semua pengusaha makanan di Pulau Pinang agar sentiasa mengekalkan standard kebersihan yang tinggi termasuk semasa musim cuti persekolahan ketika ini.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan reputasi Pulau Pinang sebagai antara destinasi makanan utama di negara ini juga berjaya ditingkatkan.

“Saya beri amaran kepada pengusaha-pengusaha makanan ini bahawa mereka perlu sentiasa menjaga imej mereka dan imej Pulau Pinang dan jangan jejaskan keyakinan pelancong-pelancong terhadap tempat-tempat makanan kita.

“Walaupun ada beribu-ribu outlet (gerai ...

Read More →
blank

25 maut lori tangki meletup di Haiti

blank

blank

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 25 maut, manakala 40 yang lain cedera apabila sebuah lori tangki meletup di kawasan Calbassier, Nippes, selatan Haiti, semalam. Perdana Menteri Haiti, Garry Conille yang melawat lokasi kejadian berhampiran bandar pantai Miragoane memaklumkan, mangsa yang parah cedera telah dibawa ke hospital dengan helikopter untuk menerima rawatan. “Apa yang saya saksikan ini sangat mengerikan,”… … Read More →

blank

Stor simpan arak, rokok seludup RM1.85 juta diserbu

ALOR SETAR: Kegiatan sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok menyimpan barangan tersebut di sebuah premis di Selangor dan di dalam kontena di Pulau Pinang terbongkar apabila diserbu kastam, baru-baru ini.

Dalam dua serbuan berasingan pada 29 Ogos dan 2 September lalu itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas minuman keras dan rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.85 juta termasuk cukai, selain mengesan taktik penggunaan setem cukai palsu.

Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd. Latiff berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 1.05 ...

Read More →
blank

Roboh struktur utama Stadium Shah Alam bermula

KLANG: Kerja-kerja runtuhkan struktur utama Stadium Shah Alam bermula sejak Khamis lalu dan akan diteruskan pada minggu hadapan sebagai sebahagian proses daripada perobohan bangunan ikonik itu yang dijangka selesai sepenuhnya pada Mei 2025.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, proses tersebut dilakukan dengan teratur dan mengambil kira semua faktor bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk setempat termasuk keselamatan serta masalah debu.

“Perkembangan terbaharu adalah dalam proses kerja-kerja meroboh dan baru-baru ini sudah lakukan perobohan major melibatkan bumbung di stadium ...

Read More →
Page 1,225 of 2,201 «...1,2001,2101,2201,2231,2241,2251,2261,227...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X