Blog

Tengku Muhammad Fakhry cemar duli sambut Maulidur Rasul

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah bersama rakyat jelata di Masjid Jamek Muhammadi, di sini malam ini.

Baginda yang memakai baju Melayu lengkap bersampin tiba sekitar pukul 7.15 malam dengan disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Hasnan Ramli.

Baginda selepas itu berkenan menunaikan ...

Read More →

“Ibu Buat Masak Lemak Kuning Otak Lembu Kesukaan Syamsul”

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah menyediakan lauk kegemaran anak kesayangannya itu iaitu masak lemak kuning otak lembu pada Rabu lalu.

Memetik Kosmo, Datuk Yusof Haslam berkata isterinya mahu menyediakan lauk berkenaan sebaik saja Syamsul memberitahu untuk balik selepas menghubungi Patimah pada Isnin lalu.

BACA: “Insya-Allah, Kami Akan Berkumpul Semula” – Datin Patimah

“Apabila Syamsul menghubungi ibunya dan beritahu nak balik rumah jumpa kami berdua, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah atas kemanisan dihadirkan buat keluarga ...

Read More →
blank

Peserta Himpunan RX-Z Members 6.0 maut kemalangan

KEMAMAN: Gara-gara mengelak sebuah patung penyu di atas lebuh raya, seorang
peserta Program Himpunan RX-Z Members 6.0 maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi peserta program himpunan tersebut yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, yang berasal dari Bandar ...

Read More →
blank

Kilang makanan ringan musnah terbakar

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang membuat makanan ringan, Central Vista (M) Sdn. Bhd., musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian MEIL, Bandar Seri Alam, dekat sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri menerima panggilan kecemasan pada  pukul 5.17 petang.

Seramai 19 anggota dari Balai Bomba  dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian bersama tiga jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.

Hingga pukul 8 malam ini, kerja-kerja memadam kebakaran giat dilakukan oleh ...

Read More →
blank

Cari motivasi dengan golf – Man Bai

Menyepi dalam dunia hiburan membuatkan Pancaindera berfikir sejenak, apa yang selalu dibuat oleh penyanyi veteran yang boleh dianggap masih popular ketika ini, Man Bai. 

Selain membuat lagu dan menghabiskan masa di studio, siapa sangka Man Bai suka menghabiskan masa yang terluang dengan bermain golf. 

Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman menjadikan golf sebagai aktiviti sampingannya kerana sukan itu menjadikan dia lebih bermotivasi. 

“Saya sudah lama bermain permainan ini, lebih kurang tujuh tahun. ...

Read More →
blank

60 terkandas di Kolam Puteri Air Terjun Gunung Ledang diselamatkan

TANGKAK: Seramai 60 pengunjung berdepan detik cemas apabila terkandas di Kolam Puteri Air Terjun Gunung Ledang akibat hujan lebat, tengah tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penguasa Bomba Rafiah Aziz, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai penguat kuasa di Air Terjun Gunung Ledang tentang kejadian itu pada pukul 12.51 tengah hari tadi.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat seramai 60 orang awam yang terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang ...

Read More →
blank

Rundingan MOU boleh diadakan semula

MOU

MOU

SHAH ALAM: Rundingan semula perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan dan pembangkang diyakini akan diadakan semula selepas ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) menolak deraf yang dikemukakan kepada mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun rundingan semula itu sudah tentu tidak akan tersasar daripada syarat asal yang ditetapkan dalam draf memorandum persefahaman… … Read More →

blank

Peruntukan TVET diagih kepada kolej bawah MCA, MIC

SHAH ALAM: Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebahagian daripada RM200 juta dalam Tabung Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara kepada institusi di bawah MIC dan MCA, pada tahun ini.

Bagaimanapun jumlah peruntukan kepada Kolej Tafe dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) akan ditentukan kemudian menerusi perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana tersebut akan diberikan mengikut keperluan-keperluan kursus yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi (IPT) berkenaan.

“Ia adalah ...

Read More →
blank

Gaji PM Singapura tertinggi di dunia

blank

blank

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong muncul pemimpin politik berpendapatan tertinggi di dunia, dengan gaji tahunan sebanyak RM7.89 juta, jauh meninggalkan pemimpin global yang lain. Menurut Forbes, berada di tempat kedua ialah Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-chiu dengan pendapatan sejumlah RM3.25 juta setahun. Di tempat ketiga, Presiden Switzerland, Viola Amherd memperoleh gaji… … Read More →

blank

Tiga pelajar ditangkap tunggang motosikal melulu Tiga pelajar ditangkap tunggang motosikal melulu

PORT DICKSON: Tiga pelajar termasuk remaja berusia 13 tahun ditangkap polis selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam Operasi Samseng Jalanan, di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kesemua yang ditangkap dikesan melakukan aksi berbahayadengan meniarap di atas motosikal yang mana aksi tersebut berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain di jalan awam.

Menurutnya, tangkapan membabitkan seorang remaha berusia 13 tahun dan dua lagi berusia 15 tahun dibuat oleh Bahagian Siasatan dan ...

Read More →
Page 1,224 of 2,201 «...1,2001,2101,2201,2221,2231,2241,2251,226...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X