KANGAR: Ketibaan musim durian memberikan punca rezeki tambahan buat seorang pencari madu lebah dari Kampung Nesam di sini bagi meraih pendapatan hasil jualan buah tersebut.
Selain membuat penghantaran ke rumah pelanggan dalam kalangan penduduk setempat, Hamizat Had, 52, bersama isterinya, Lely Suriana Puteh, 50, turut menyediakan durian buat pelanggan di dusun miliknya di Bukit Wang Angin, Banjaran Nakawan di sini.
Hamizat atau lebih dikenali sebagai Pak Lang berkata, kebanyakan pengunjung memilih menikmati buah durian di dusunnya yang berkeluasan 1.3 hektar itu ...