PETALING JAYA: Sabah FC perlu meningkatkan ketajaman jentera serangan bagi memastikan setiap peluang yang tercipta dapat diterjemahkan kepada jaringan gol.
Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kelemahan itu telah ‘memakan diri’ khususnya ketika diikat 1-1 ketika berdepan Terengganu FC di laman sendiri.
Biarpun penyerang baharu, Joao Pedro berjaya meledak gol pembukaan seawal minit ke-9, aspek penyudah skuad Sang Badak masih menjadi kebimbangan Kim Swee.
“Dia (Pedro) berjaya menjaringkan gol hari ini (kelmarin) dan ia pasti memberi keyakinan kepadanya. Namun, ...