PETALING JAYA: Selangor FC secara rasmi mengumumkan kemasukan penjaga gol baharu, Kalamullah Al-Hafiz bagi menguatkan pasukan itu dalam baki saingan Liga Super musim ini.
Kemasukan Kalamullah yang juga merupakan penjaga gol Harimau Malaya itu diyakini dapat menguatkan lagi benteng terakhir Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil.
“Skuad Gergasi Merah berbesar hati mengumumkan penjaga gol baharu, Kalamullah yang berusia 29 tahun untuk mengharungi baki musim 2024/2025 bersama Selangor FC.
“Lebih mesra dengan panggilan Kalam, tiga tahun beraksi sebagai pemain pembangunan Felda United, beliau berjaya ...