MELAKA: Kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan ajaran sesat yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) yang terdapat di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, walaupun belum menerima sebarang laporan namun JAIM diarahkan untuk memantau sebarang aktiviti GISBH.
Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang sedang memperincikan dapatan-dapatan daripada kajian mereka berkaitan GISBH di seluruh negara.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk ...