KLUANG: Program Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera (JIMAT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan akan diadakan di seluruh kem tentera di negara ini bermula minggu ketiga bulan ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, di bawah Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), program JIMAT dilaksanakan sebagai inisiatif membantu pasukan keselamatan negara itu mendapatkan barang keperluan pada harga lebih rendah.
Katanya, program JIMAT ini akan diadakan pada Sabtu minggu terakhir setiap bulan yang akan berlangsung sebanyak 12 ...