PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan ketat terhadap premis-premis kitar semula plastik dan tayar terpakai di Teluk Gong Pelabuhan Klang susulan aduan orang awam mengenai pencemaran alam sekitar.
Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 buah premis yang menjalankan aktiviti kitar semula plastik dan kitar semula tayar terpakai di kawasan tersebut di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Berdasarkan jumlah tersebut, tiga premis didapati beroperasi secara haram. ...