KUALA TERENGGANU: GISB Holdings (GISB) akan difatwakan sebagai ajaran sesat sekiranya terdapat bukti kukuh yang boleh mengaitkan organisasi tersebut dengan unsur-unsur yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Harun berkata, sebelum mengeluarkan sebarang fatwa, pihaknya akan mengikut prosedur yang ditetapkan dengan penuh teliti dan terperinci.
Menurutnya, proses akan dimulakan dengan muzakarah dan keputusan tersebut akan dibawa ke negeri-negeri untuk difatwakan ajaran tersebut sebagai sesat.
“Biasanya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ...