KOTA BHARU: Taktik pengikut Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) membakar dan menanam buku di tepi sungai di Kampung Panji di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis pagi tadi.
Serbuan pukul 7 pagi yang disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) itu mendapati buku jenis tebal dan besar itu ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Selain itu, sebahagian lagi buku dilihat sudah dibakar ...