PASIR MAS: Seorang tekong darat bertindak melarikan diri dengan meninggalkan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandunya di tahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan AM (PGA).
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pukul 2 petang itu mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut mendapati kesemua PATI itu terdiri dari tiga lelaki dan ...